KUALA LUMPUR – Sehingga jam 6 petang tadi, ujian kualiti air sedang dijalankan di Kolam Air Sime UEP, USJ bagi memastikan air terawat memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bekalan air akan mula dibekalkan kepada para pengguna terjejas secara berperingkat-peringkat setelah bekalan air diyakini bersih dan selamat untuk kegunaan harian, kata Pengurusan Air Selangor.

Kolam itu mengalami penurunan paras air semalam ekoran masalah teknikal pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kg. Kenangan Puchong.

Susulan itu gangguan bekalan air berlaku.

Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. – MalaysiaGazette