lori air Air Selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Paras kolam air di Kolam Air Sime UEP, USJ menurun berikutan masalah teknikal ‘air lock’ pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong.

Berikutan itu, para pengguna di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Wilayah Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah.

Pengurusan Air Selangor sedang berusaha untuk mengatasi masalah ‘air lock’ ini dan akan menyalurkan bekalan air secara berperingkat-peringkat setelah paras kolam air agihan tersebut distabilkan .

Katanya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan pada jam 12 tengah malam, 21 November 2021.

Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Para pengguna pula diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki
ini. – MalaysiaGazette