BN wins Melaka state election The Chairman of Election Commission (EC), Datuk Abdul Ghani Salleh announced that the Barisan Nasional has won the Melaka State Election. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette/ 20 NOVEMBER 2021.
The Chairman of Election Commission (EC), Datuk Abdul Ghani Salleh announced that the Barisan Nasional has won the Melaka State Election. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette/ 20 NOVEMBER 2021. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh selepas bercakap di sidang media mengenai pengumuman kemenangan parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Menara Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Barisan Nasional (BN) secara rasminya memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada jam 9.45 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh yang mengumumkan perkara itu berkata, proses pengundian pada hari ini berjalan lancar.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 9.42 malam, BN telah menang sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi diperuntukkan dan berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus,” katanya pada sidang media.

Proses pengiraan undi masih berjalan dan keputusan penuh akan diumumkan pada bila-bila masa. – MalaysiaGazette