Jimmy Puah Wee Tse

ISKANDAR PUTERI – PKR Johor menyerahkan pada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menentukan masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui gabungan pakatan parti politik itu berikutan prestasi buruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse, ini kerana prestasi buruk itu tidak wajar hanya diletakkan pada bahu seorang individu sahaja.

“PH harus bertanggungjawab secara kolektif atas kekalahan itu dan perlu melakukan post-mortem bagi mencari punca. Namun diakui strategi PH agak kekurangan berbanding parti lain.

“Pada saya, masa depan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih baik pucuk pimpinan PH yang tentukan,” katanya.

Semalam, beberapa pemimpin muda DAP mahu Anwar melepaskan kepimpinannya dalan PH dan PKR susulan kekalahan teruk parti itu dalam PRN Melaka.

Malah terdapat pemimpin muda parti itu yang mendesak kepimpinan pusat DAP untuk mempertimbangkan kemungkinan pengunduran daripada PH.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP, Eric Teh berkata, susulan kekalahan di Melaka, adalah jelas bahawa Anwar tidak lagi sesuai memimpin PKR atau PH. – MalaysiaGazette