Friday, April 26, 2024
Home Nasional Polis ambil keterangan 2 pelancong asing tidak pakai pelitup muka di kawasan...

Polis ambil keterangan 2 pelancong asing tidak pakai pelitup muka di kawasan KLCC

Datuk Yahaya Othman. Foto HAZROL ZAINAL, 18 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR- Polis telah mengambil keterangan dua wanita warga asing yang dikesan ketika berada di kawasan pusat membeli belah KLCC, di sini, tanpa memakai pelitup muka.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Yahaya Othman berkata, pihaknya berjaya mengesan individu terbabit dan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita itu adalah pelancong ke negara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 18 November lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC di sini, yang tular di media sosial Twitter.
Kata, hasil penelitian ke atas gambar berkenaan menunjukkan kedua-dua wanita itu sedang berjalan tanpa memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki taman tersebut. – MalaysiaGazette