Home Utama Penunggang motosikal nyaris digilis lori kontena

Penunggang motosikal nyaris digilis lori kontena

KLANG – Seorang penunggang motosikal melalui detik ngeri dan mencemaskan apabila nyaris digilis sebuah lori kontena.

Insiden itu berlaku semasa dia sedang mengisi angin di tayar belakang motosikalnya pagi tadi di sebuah stesen minyak di Pelabuhan Klang.

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan insiden itu telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang bertopi keledar sedang duduk di belakang motosikal dan mengisi angin di tayar belakang.

Secara tiba-tiba sebuah lori kontena yang berada tidak jauh di belakangnya dipercayai cuba untuk membelok ke kiri sebelum melanggar bahagian belakang badan mangsa.

Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh.

Bagaimanapun penunggang motosikal itu bernasib baik kerana sempat mengelak.

Lelaki tersebut kemudian bangun lalu berjalan ke arah kaunter stesen minyak itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu treler berkenaan yang langsung tidak berhenti selepas melanggar mangsa.

Malah ada yang musykil kerana pemandu berkenaan tidak nampak mangsa.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara ketika dihubungi berkata, pihaknya edang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast