covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 kematian diakibatkan jangkitan Covid-19 dicatatkan sehingga semalam.

Daripada jumlah terkini berkenaan, sembilan kes merupakan kematian di luar hospital.

Berdasarkan data semasa yang dikongsikan COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara kini 30,147.

Terengganu menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu tujuh orang.

Ia diikuti dengan Negeri Sembilan (5), Sabah (5), Kelantan (4), Selangor (4), Johor (3), Perak (3), Kedah (2), Pahang (2), Sarawak (1) dan Kuala Lumpur (1).

Setakat semalam, terdapat 69,261 kes aktif Covid-19, meningkat 3.7 peratus daripada 66,795 jangkitan aktif seminggu lalu.

Sebanyak 5,755 kes positif baharu semalam yang mana 98.2 peratus atau 5,654 daripadanya merupakan kategori 1 dan 2.-MalaysiaGazette