Mangsa mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

KEPALA BATAS – Selepas hampir 24 jam operasi pencarian, mayat lelaki yang bertindak terjun laut ketika melarikan diri dalam pemeriksaan polis di Kompleks Pasar Bisik, Penaga ditemui berhampiran Pulau Sayak, di sini, hari ini.

Mayat, Khairul Azmil Rahim, 37, ditemui sekumpulan nelayan kira-kira jam 9.30 pagi.

Mayat mangsa dibawa ke Pangkalan Nelayan, Kuala Muda di sini sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Identiti lelaki dikhuatiri lemas ketika lari dari operasi polis dikenal pasti

MalaysiaGazette semalam melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke dalam laut ketika melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis di Kompleks Pasar Bisik Ikan, Kuala Muda di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika sepasukan polis daripada Balai Polis Kepala Batas melakukan Operasi Cegah Jenayah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette