Ahmad Hamzah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang serius dakwaan penyertaan warga asing dan sektor padi dan beras di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara.

Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, berdasarkan rekod MAFI, terdapat 200 tenaga kerja asing yang menjadi sebahagian pesawah di kawasan IADA.

“Kita kita melaporkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan kerana selain menanam padi, kita dapati ada di kalangan mereka telah mengubah kepada tanaman sayur.

“Kita juga minta kerajaan negeri beri kerjasama dengan mengambil tindakan jika ada warga asing mengubah apa-apa pembangunan lain di sawah yang khusus untuk tanaman padi,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 bagi MAFI di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif (BN) berhubung pendedahan sebuah media  mengenai kehadiran warga asing yang kini mampu bergelar ‘tauke’ dalam sektor padi dan beras di tujuh kawasan IADA.

Warga asing itu, yang melibatkan warga Bangladesh dan Rohingya pada mulanya berkecimpung dalam penanaman sayur di Cameron Highlands, tetapi telah mula menguasai jelapang padi negara.

Mereka yang seramai 116 orang itu dikatakan menjalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi di IADA Barat Laut, Selangor iaitu Perak dan Pulau Pinang (34 orang), Rompin (15), Seberang Perak (8), Rompin (5) dan Ketara (Besut, Terengganu) dua orang.

Menurut Ahmad, MAFI memperkenalkan program Smart Berskala Besar (SBB) dengan semua syarikat pemaju akan diwajibkan untuk menggaji serratus peratus tenaga kerja tempatan.

“Saya yakin dengan program SBB ini, tidak ada lagi penyertaan atau penglibatan warga asing dalam sektor padi dan beras,” katanya. – MalaysiaGazette