Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman menyerahan sumbangan zakat kepada pihak UMP hari ini

PEKAN – Pusat Islam Universiti Malaysia  Pahang (UMP) menerima sumbangan zakat daripada Majlis Ugama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjumlah RM88,0000 hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, jumlah itu merangkumi RM50,000 sebagai geran program keagaman Pusat Islam serta RM38,000 untuk tujuan kajian penyelidikan.

Sumbangan yang diluluskan berdasarkan permohonan yang telah dibuat kepada MUIP bagi penganjuran  program keagamaan oleh Pusat Islam UMP.

“Geran tersebut digunakan bagi membuat kajian terkini Had Al-Kifayah telah diluluskan untuk tujuan pengurusan zakat khususnya di negeri Pahang.

“Majlis serahan diberikan kepada  Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan  Prof. Madya Dr. Rashidi Abbas dan pensyarah kanan UMP Prof Madya. Dr. Hassan Ahmad,” katanya.

Asmadi berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang bagi bekerjasama dengan mana-mana universiti tempatan terutama bagi tujuan penyelidikan.

Terdahulu, MUIP juga membelanjakan RM150,000 bagi tujuan penyelidikan dan RM100,000 disumbangkan kepada Yayasan UMP. – MalaysiaGazette