primary school students mandatory Covid-19 screening Minister of Health, Khairy Jamaluddin at a news conference on the National Health & Morbidity Survey (NHMS) studies 2020 at the Ministry of Health, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 26 NOVEMBER 2021. SOP violation compound Act 342
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

PUTRAJAYA – Murid-murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir bermula Isnin ini bagi mengelakkan wujudnya kluster pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ujian berkenaan adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.

“Murid sekolah rendah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu menjalani ujian saringan secara mingguan.

“Ujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, murid terbabit akan menjalani ujian saringan secara bergilir terhadap sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya.

“Sekiranya bergejala, sudah tentu mesti buat ujian tetapi kalau tidak bergejala pun di sekolah rendah, mesti buat ujian sampel daripada populasi pelajar bagi memastikan tidak wujud kluster di peringkat sekolah,” ujarnya.

Berdasarkan strategi itu, murid terbabit akan menjalani ujian kendiri Covid-19 dan dipantau oleh institusi sekolah, katanya. – MalaysiaGazette