AMPANG – Kerajaan Selangor hari ini telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan serta barangan keperluan bagi 260 buah keluarga terjejas susulan kejadian banjir di Ampang Jaya dan Hulu Langat pada Isnin lepas.
Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan beliau mengambil kesempatan untuk meninjau sendiri keadaan penduduk terjejas di sekitar Lembah Jaya.
Amiruddin menyampai sumbangan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga juga menghulurkan RM500 dan bakinya akan selewat-lewatnya minggu depan.
“Selain itu, kita jumpa telah sumbangan barangan asas seperti dapur, tong gas, bantal serta keperluan asas lain.
“Ketika ini ada 17 atau 18 buah keluarga yang masih lagi tinggal pusat pemindahan sementara (PPS) manakala yang bakinya sudah pulang ke rumah masing-masing pada masa ini. Alhamdulilah, tiada sebarang kehilangan nyawa tetapi kerosakan di rumah mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir Kampung Pinggir Isa dan Kampung Lembah Jaya Utara di sini hari ini yang turut di hadiri oleh Penyelaras Parlimen Ampang merangkap Exco Kerajaan, Rodziah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Mohd Fauzi Yatim SMS.
Hujan lebat lebih tiga jam pada lewat petang sebelum itu mengakibatkan beberapa kawasan di Ampang termasuk Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dilanda banjir kilat mengakibatkan beberapa rumah digenangi air serta kenderaan mengalami kerosakan.
Sebelum ini, Amiruddin turut mendedahkan pihaknya akan meminta laporan lengkap berkenaan kejadian berkenaan daripada MPAJ dan badan terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar banjir kilat tersebut.
Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat projek pembinaan berdekatan sungai di kawasan tersebut dan Loji Rawatan Air (LRA) Ampang Intake perlu bertanggungjawab supaya insiden tersebut tidak berulang.
Bagaimanapun, Amirudin berkata, kerja-kerja membantu mangsa yang terlibat dalam insiden banjir akan menjadi keutamaan untuk beberapa hari awal ini.
Walaupun terdapat segelintir pihak menafikan punca banjir kilat disebabkan oleh projek kendalian mereka namun kerajaan negeri akan mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut berdasarkan laporan yang bakal diterima. – MalaysiaGazette