Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.

Daripada bilangan terkini tersebut, lapan daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian dalam negara sehingga kini adalah sebanyak 30,280 kes.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu enam kes, membentuk 15 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Manakala, diikuti dengan Kelantan (5), Selangor (5), Terengganu (5), Johor (3), Pahang (3), Penang (3), Sabah (2), Sarawak (2), Kuala Lumpur (2) , Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Labuan dan Putrajaya pula tidak mencatatkan kematian terbaharu.

Untuk rekod, sebanyak 5,097 kes baharu direkodkan semalam.- MalaysiaGazette