(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.
(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,007 kes sembuh direkodkan berbanding 4,239 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan pada hari ini dengan 12 adalah kes import.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 196 hari, iaitu sejak 16 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,227 kes melibatkan 4,065 warganegara dan 162 bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 511 kes (418 kes disahkan COVID-19, 93 kes
disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 261 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, daripada 261 kes yang memerlukan bantuan pernafasan, 173 kes disahkan Covid-19, 88 kes lagi disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Tambah beliau,  daripada 4,239 kes harian yang dilaporkan, sejumlah 73 kes atau 1.7 peratus merangkumi kategori 3, 4, dan 5 dan 4,166 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk rekod, sejumlah 2,527,052 kes kumulatif sejak penularan Covid-19 di negara ini. – MalaysiaGazette