Otai Reformis dan Gabungn Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia memegang plakad untuk membantah kenaikan harga barang di hadapan Restoran Amjal, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 29 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diberi tempoh seminggu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan sekiranya gagal – rakyat berhak mengadakan protes.

Presiden Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) Mustapa Mansor menyeru rakyat perlu berbuat demikian kerana mereka merupakan pengguna yang menerima kesannya.

“Saya menyeru kepada pengguna kita rakyat Malaysia pengguna jangan rasa kerana parti A, parti B bukan kita terkena langsung. Oleh itu jika seminggu harga barang tidak turun kita kena buat bantahan, nak turun jalan raya kita kena tanya dulu, kempen-kempen bantah itu, bolehlah.

“Kalau kerajaan tidak mampu turunkan harga barang maknanya rakyat mesti bertindak bersama-sama untuk memastikan barang diturunkan,” katanya ketika sidang media bersama Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail di sini hari ini.

Tegas Mustapa, kerajaan tidak boleh memberikan alasan cuaca sebagai jalan keluar terhadap kenaikan harga barang.

“Alasan hujan dan cuaca. Waktu Pakatan Harapan dulu tidak ada hujan?” soal Mustapa.

Terdahulu, GBRM dan Otai Reformis 1988 bersama lebih kurang 15 orang penyokongnya mengadakan flash mob di Jalan Pantai Baru di sini dengan mengangkat plakad di tepi jalan sebagai bantahan terhadap kenaikan harga barang yang berlaku beberapa hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, kenaikan harga sayur keluaran tempatan dikesan berlaku di beberapa tempat dan berpunca daripada faktor cuaca, logistik serta peningkatan kos baja dan racun.

Jelas beliau, isu seperti hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta kawasan tanaman sayur sekitarnya didapati turut menjejaskan rantaian pengedaran terutama bagi sayur-sayur dari tanah tinggi berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast