Tiada pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD baharu hari ini. Sumber MKN

PUTRAJAYA – Tiada pelaksanaan baharu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini.

Malahan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada sebarang pelanjutan serta penamatan PKPD juga dilaksanakan pada hari ini.

Ia merupakan hari keempat berturut-turut tiada pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pada 26 November lalu, PKPD hanya dilaksanakan di Raub, Pahang iaitu membabitkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Mukim Gali bermula 28 November lalu hingga 11 Disember ini. – MalaysiaGazette