Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau nilai Rnaught (Rt) negara kian menurun di bawah paras 1.00 akan memberi impak positif dalam memastikan Malaysia bergerak ke arah fasa endemik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia memberi kerjasama dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hadir pada temu janji suntikan dos penggalak kepada mereka yang layak.

“Berdasarkan nilai Rt mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan 29 November adalah menunjukkan 0.95.

“Namun di peringkat negeri, Wilayah Persekutuan Labuan kekal tinggi dengan bacaan nilai Rt 1.12 sementara Perlis 1.03 manakala enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah , Perak dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan nilai Rt 1.00,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor masing-masing merekodkan nilai Rt 0.99 diikuti Johor (0.98), Sabah dan Kelantan (0.96), Terengganu (0.95), Negeri Sembilan (0,92) dan Sarawak (0.78). – MalaysiaGazette