Semasa pendakian saya di Hutan Simpan Kekal Cerakah baru-baru ini saya telah mendapati ada satu kawasan hutan telah diceroboh dan banyak pokok telah ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kawasan tersebut terletak di belakang taman perumahan Bukit Bayu Seksyen U10 Shah Alam (Kordinat : 3.119451 & 101.503305). Dari pengamatan saya keluasan kawasan tersebut mungkin dalam lingkungan 10,000 ke 15,000 kaki persegi.

Saya telah panjangkan aduan ini kepada semua agensi-agensi kerajaan seperti berikut:

Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) No. aduan: 523928

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) No. aduan: 22288

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) No. aduan: 1888/10/2021

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SPAB SUK Selangor) No. aduan SISPAA: SEL.091884

Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) No aduan: PGK/10/21/001/E/R

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor & Semenanjung Malaysia (JPSM)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (JPVSEL)

Jabatan Mineral & Geosains Selangor (JMG)

 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Malaysian Nature Society (MNS)

World Wildlife Fund (WWF)

Saya berharap laporan ini mendapat perhatian serta tindakan sewajarnya daripada pihak Tuan/Puan demi kelestarian flora dan fauna di kawasan tersebut. Bersama ini saya sertakan gambar-gambar tapak yang dimaksudkan.

Daripada,

Pendaki Tegar