Malaysia – Singapore Land Vaccinated Travel Lane (VTL) tickets
Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Udara di KLIA.

PUTRAJAYA – Pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di Pintu Masuk Aantarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) akan dipakaikan peranti pengesan digital (Digital tracker device) sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (kuarantin).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu antara strategi kawalan membendung penularan varian baharu Omicron terutamanya selepas kes pertama dikesan di Malaysia membabitkan seorang pelajar dari Afrika Selatan yang masuk ke negara ini menerusi Singapura.

Dalam sidang media khas di sini, Khairy berkata, strategi lain melibatkan Gelembung Pelancongan Langkawi di mana pengembara yang tiba dari semua negara perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tambahan iaitu pada hari ke-3 dan ke-5 dari tarikh ketibaan.

Katanya, jenis ujian adalah RTK-Ag secara profesional.

Mengenai VTL-Singapura, beliau berkat, kemudahan tersebut akan diteruskan buat masa ini manakala sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan.

Negara berkenaan adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Khairy turut menasihatkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi yang masih belum menerima lagi vaksin dos pertama dan kedua.

“Penuhi janji temu vaksin dos penggalak apabila telah diberikan janji temu,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast