murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Mior Faridalathrash Wahid.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu ialah juruterbang helikopter,  wakil dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengurus mayat, pengurus syarikat acara, waris  keluarga, pemilik kuda serta pemilik helikopter berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai.

“Hasil siasatan mendapati mereka tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan perarakan kerana ia diadakan secara ad hoc, tiada dalam perancangan pada awalnya.

“Namun, anak-anak (mendiang) ambil keputusan untuk membuat perarakan bagi membawa mayat ke tanah perkuburan. Bagaimanapun, hasil siaatan mendapati juruterbang helikopter itu mendapat kebenaran untuk melakukan penerbangan rendah dalam perarakan itu,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai  Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  Tahun 2021 melibatkan 65 penuntut terdiri daripada 31 lelaki dan 34 wanita di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Kejadian itu turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.

Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian.

— BERNAMA