Yasmin Hani umum cerai dengan Sha'arin

KUALA LUMPUR – Selepas mendirikan rumah tangga selama 10 tahun, Yasmin Hani mengumumkan penceraiannya dengan Sha’arin.

Menerusi posting di Instagram, pelakon itu berkata bersetuju berpisah dengan Sha’arin secara baik.

Dalam masa yang sama Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson memberi jaminan mereka berdua akan terus membesarkan kedua-dua cahaya mata bersama-sama.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua agree yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon dan pengacara itu berharap agar semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan yang telah dibuat demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.

Untuk rekod, Yasmin dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu mendirikan rumah tangga pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong (lapan tahun), dan Eissa Elzander Wong (lima tahun)-MalaysiaGazette