Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah menaik taraf Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera (SPSKB) versi 2.0 secara dalam talian sepenuhnya bermula hari ini.

Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera versi 2.0 ini membolehkan para pelabur Bumiputera MITI yang berdaftar untuk membuat permohonan saham sepenuhnya secara dalam talian berbanding sistem sebelum ini di mana para pelabur perlu
memuat turun borang permohonan dan mengemukakan semula borang tersebut beserta dokumen sokongan secara fizikal ke Menara MITI melalui serahan tangan atau pos.

“Ini merupakan hasil usaha dan inisiatif MITI ke arah menambah baik proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terutamanya mengambil kira perkembangan terkini yang menekankan aspek pendigitalan perkhidmatan,” kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.

Informasi terkini mengenai saham khas Bumiputera ini juga boleh dicapai di laman sesawang MITI https://www.miti.gov.my/ atau di pautan https://sahamonline.miti.gov.my/ .- MalaysiaGazette