Pakatan harapan
Seorang jentera, Samat Bakhri, 59, melakukan kerja-kerja untuk pemasangan bendera parti Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tanjung Kling, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Melaka bukan kerana menggunakan logo PH, tetapi ialah kegagalan parti yang mengetuai tampuk PH turun bekerja dan meraih undi tidak bersungguh-sungguh, sehingga penolakan pengundi Melayu itu sendiri melebihi 10 %.

Isyarat itu menunjukkan perlunya PH memikirkan bagaimana untuk memikat kembali hati pengundi Melayu pada PRU15 akan menjelang tiba.

Ahmad Asri Talib, Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Bukit Bintang berkata, Ketua Amanah Bukit Bintang berkata, hakikat penolakan itu sebenar ialah lemahnya penguasaan PH di kampung, Felda dan tanah-tanah rancangan yang majoritinya adalah golongan Melayu.

Lantaran itu, beliau mempersoalkan adakah ketua PH sibuk untuk memancing ahli parti rakan sahaja sedangkan kelemahan PH tidak terurus.

Menurutnya, ketika PRU-14 pada 2018, negara ‘dihidangkan’ pelbagai isu mengenai korupsi khasnya skandal pelaburan 1MDB menjadi tarikan pengundi untuk memilih PH apatah lagi sekarang masalah rasuah, pengangguran, pengurusan bencana dan kenaikan harga barang yang makin tinggi.

Jadi PH perlu sedar isu begini mampu menaikkan kembali mood rakyat untuk terus menolak Barisan Nasional (BN) dan juga menolak Perikatan Nasional (PN) yang dibarisi pengkhianat sekiranya PH bijak memainkan isu di platform media baharu.

Isu-isu rakyat nampaknya tidak didendang secara agresif setelah termeterai MOU antara pihak kerajaan dengan PH, perkara ini juga perlu dikaji semula.

Malah, katanya, Undi 18 juga menjadi satu mimpi buruk jika ketua PH tidak memainkan peranan kerana golongan muda telah menunjukkan trend penolakan kepada PH pada PRN Melaka sebanyak lebih 22% yang tidak mengundi PH.

”Adakah mereka inginkan dinosaur PH bertukar kerana kegagalan beberapa kali untuk mendapatkan numbers dan golongan ini sendiri dah meluat melihat rentak lakonan ketua PH yang tak mesra golongan muda, setelah menolak wakil Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) menjadi calon untuk tiket PH di PRN Melaka yang lalu?

”Perlu di ingat bahawa undi 18 bakal terlaksana di bawah Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu diwartakan sebagai P.U.(B) 615/2021 dan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Asri turut menyifatkan angan-angan supaya PAN diserap kedalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah lawak lelucon.

“Manakan boleh PAN yang semakin diterima rakyat dimakan oleh PKR yang semakin lemah, kepimpinan PAN yang ramai terutama YB Adly Zahari yang telah mengekalkan kemenangan beliau di DUN Bukit Katil sendiri telah menjadi ikon pemimpin PH itu sendiri dan dipersetujui bakal diangkat kembali menjadi ketua menteri jika PH dapat menawan semula Melaka.

“Sekali lagi diingatkan bahawa khemah besar dan PH ‘PLUS’ perlu dilaksanakan, sama ada bersama Parti Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muda dan mana-mana parti difikirkan baik untuk PH menjadi kuasa besar politik negara jika ingin memenangi PRU15 nanti.

”Sikap abang besar dan besar kepala harus disingkirkan dari mana-mana parti dalam PH, ia langsung tidak membawa kepada keuntungan, malah merugikan PH itu sendiri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast