Mahkamah Rayuan di sini hari ini memberi kata dua, sama ada prosiding pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd secara hibrid ‘online’ atau berdepan dengan waran tangkap.

Ini berikutan permohonan pembelaan supaya prosiding pendengaran pagi ini ditangguhkan selepas keseluruhan pasukan pembelaan menjadi kontak rapat atau kontak kasual selepas seorang daripada peguam disahkan positif COVID-19.