The President of UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi puts the Penyatuan Ummah jacket on the President of PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang during the Launch of Selangor Muafakat Nasional. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 NOVEMBER 2019 PPBM Bersatu GE15
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis meterai Permuafakatan Nasional pada September 2019.

TINGKAH laku politik Pas sejak bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN) telah menarik penurunan saham sokongan orang Melayu.

Sebabnya orang Melayu lebih reda Pas bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai kedua parti itu pada 14 September 2019.

Ajakan jujur UMNO kepada Pas ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka supaya parti itu bertanding atas logo sendiri tidak diendahkan, menyebabkan penyokongnya terkilan dengan keputusan itu.

Di sini, menampakkan UMNO lebih jujur dan betul dalam permuafakatan.

Tindakan pemimpin Pas cuba memenang dan membetulkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berbanding dengan UMNO juga menyebabkan pemimpinnya dilihat bersifat tikam belakang terhadap kawan.

Sedangkan, pemimpin UMNO dilihat masih memiliki rasa hormat kepada Pas.

Sejak pemimpin Pas masuk Putrajaya, orang Melayu mula rasa mual dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.

Sebelum ini, di pentas ceramah mereka meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN).

Contohnya, menyalahkan kerajaan pusat atas masalah air dan kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan. Sekarang, pemimpin Pas dilantik sebagai menteri jaga air (Menteri Alam Sekitar dan Air).

Mengkritik pakaian pramugari AirAsia konon tidak menutup aurat. Tetapi, sekarang pemimpin Pas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Namun, semuanya hilang ditelan angin, seolah tidak pernah ada teguran, laungan dan kritikan daripada pemimpin Pas.

Selain itu, sikap Pas yang selalu gagal dalam berhubungan dengan mana-mana parti juga menjadi igauan kepada rakyat.

Sejarah Pas pernah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), MN dan sekarang PN.

Parti Pas juga paling kerap bergabung dan paling banyak gagal dalam gabungan, menyebabkan defisit keyakinan kepada rakyat semakin menurun terhadap parti itu. – MalaysiaGazette

Mohd Ridzuan Ibrahim

Penulis, Mohd Ridzuan Ibrahim merupakan mantan Naib Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.