1MDB Marevar injunction Najib Razak assets
Najib Razak

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak kelitan tenang semasa mengikuti prosiding rayuan membabitkan kes penyelewenangan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd .

Najib yang mengenakan kot hitam kelihatan langsung tidak menunjukan apa-apa reaksi dari mula sehingga tamat prosiding sekitar jam 11 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan salah terhadapnya ke atas tujuh pertuduhan, sekali gus menolak  rayuan Ahli Parlimen Pekan itu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan penghakiman itu selepas mendapati rayuan Najib tidak mempunyai merit.

Najib mengikut prosiding melalui aplikasi Zoom, kemudian membiarkan para peguamnya  berhujah bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Difahamkan pasukan mewakili Najib akan membawa kes rayuan ini ke peringkat seterusnya iaitu rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Dalam penghakiman sebentar tadi, kata Abdul Karim mahkamah mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Mahkamah juga mendapati Najib diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Abdul Karim berkata, mahkamah rayuan mendapati wang yang dipindahkan dalam akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan perayu mengetahui mengenai kemasukan wang daripada dana SRC dalam akaunnya.

Peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka membuat sidang media berhubung keputusan ini melalui aplikasi Zoom sekitar jam 12.30 tengah hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast