chicken supply farmers price eggs ceiling maximum

KUALA LUMPUR – Terdapat 11 loji ayam yang diluluskan oleh Malaysia kepada Thailand dan China untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ke negara ini.

Sebanyak tujuh daripada di Thailand dan dua di China dan kesemua loji ayam ini disenaraikan di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) masih sah untuk mengeksport ke Malaysia.

DVS berkata, Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawal selia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam Thailand iaitu The Central Islamic Council of Thailand dan di China iaitu Shandong Halal Certification Services adalah masih sah tempoh pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 31 Disember 2023.

Malah, senarai loji-loji di laman sesawang DVS dikemaskini dari semasa ke semasa dan loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport.

Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang DVS untuk makluman pihak-pihak berkepentingan.

DVS membuat kenyataan itu susulan video tular eorang penceramah bebas yang tular dalam media sosial yang mendakwa loji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh dan tidak halal.

Katanya, DVS memandang serius penularan video berkenaan.

Sehubungan itu, DVS mengingatkan orang awam supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar, DVS untuk mendapatkan keterangan dan pengesahan perkara-perkara yang berkaitan sahih sebelum membuat sebarang hebahan dalam media sosial bagi mengelakkan spekulasi. – MalaysiaGazette