civil servants antivaxxer antivaxxers Healthcare worker injecting the AstraZeneca Covid-19 vaccine on a civilian during the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 SEPTEMBER 2021.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97.2 peratus atau 22,752,434 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23,071,502 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 90.1 peratus atau 2,838,110 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 86.8 peratus atau 2,732,740 individu golongan berkenaan telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 140,831 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,332 suntikan dos lengkap, 4,708 dos pertama dan 128,791 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,412,576.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast