Paparan sebuah klip video memaparkan individu mengajuk cara berjalan golongan OKUdi laman sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk dua wanita yang dipercayai  mempersenda Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam dua video berasingan telah dipanggil memberi keterangan kepada polis hari ini.

Kesemua mereka diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dua daripada mereka dikesan polis merupakan wanita tempatan.

“Kesemua empat individu itu dicari polis berikutan insiden yang tular menerusi dua video berasingan.

“Dua individu telah tampil pukul 1 tengahari tadi manakala dua orang lagi akan tampil jam 3 petang untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Ditanya sama ada mereka akan ditahan, Eng Lai memberitahu mereka akan dilepaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan iakan dilengkapkan.

Antara individu yang dikehendaki polis dalam insiden persenda OKU , menggunakan kata kasar yang tular dalam media sosial Facebook dan Tik Tok baru baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Terdahulu dalam kenyataan awal, Eng Lai menyatakan polis akan mempergiatkan usaha mengesan empat suspek itu selepas mereka menyalahgunakan kemudahan OKU selain menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan.

Katanya, identiti keempat-empat suspek  itu dikenal pasti menerusi dua video yang tular di media sosial.

“Video pertama yang dimuat naik dilakonkan oleh dua orang lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat membeli belah terbesar iaitu Mid Valley Megamall, Bangsar.

“Dalam video kedua pula, dua wanita bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang dan bergelak ketawa sambil membuat bunyi seperti seekor beruk di dalam tandas di stesen minyak,” tegasnya.

Kes telah diklasifikasikan dan sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast