- Gambar hiasan: India Today

CHENNAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa masalah rumah tangga ibu bapanya apabila mati ditikam bapa kandungnya di Chennai, Tamil Nadu, India.

Kejadian itu berlaku selepas suspek bergaduh dengan isterinya.

Insiden itu berlaku pada Rabu lepas selepas suspek Radhakrishnan, 34, pulang ketika anaknya berseorangan di rumah.

Manakala emak mangsa, Lavanya, seorang jururawat di hospital swasta telah keluar untuk bertugas syif malam.

Suspek yang pulang ke rumah mencuriga isterinya yang didapati tiada di rumah ketika itu menyoal anaknya berkali-kali namun mangsa tidak dapat memberikan jawapan.

Melihat keadaan itu, Radhakrishnan naik berang dan mengambil pisau di dapur dan menikam perut anak kecilnya berulang kali.

Mangsa yang menjerit kesakitan dengan pendarahan yang banyak akhirnya rebah di lantai ruang tamu.

Suspek yang panik kemudiannya meninggalkan mangsa dan melarikan diri.

Jiran yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke dalam rumah sebelum menemui kanak-kanak itu dalam keadaan berlumuran darah.

Jiran kemudian membawa mangsa ke hospital, malangnya mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor bertugas.

Polis di daerah Villivakkam telah membuka kertas siasatan dan kini menjejaki bapa mangsa. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast