Marc-Andre ter Stegen. Foto The Independent.

LONDON – Masa depan Marc-Andre ter Stegen kini menjadi tanda-tanya.

Ia apabila penjaga gol Barcelona itu dilaporkan kini berada dalam radar perpindahan ke Newcastle United, lapor Eurosport.

Spekulasi itu timbul apabila Barcelona berdepan masalah kewangan yang membuatkan pemain itu antara pemain yang boleh dijual oleh kelab La Liga itu jika ada tawaran yang lumayan.

Barcelona juga tidak pernah menolak sebarang kemungkinan akan melepaskan mana mana bintang mereka.

Selain Ter Stegen, Frenkie De Jong dan juga Sergino Dest turut berada dalam senarai pemain untuk dibida pasukan lain.

Newcastle kini dalam misi untuk menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan dan telah bersiap bersedia untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari ini.

Newcastle dikatakan mahu menjadikan penjaga gol sebagai asas kepada era baharu kelab itu dan serius untuk menandatangani Ter Stegen.

Namun mereka perlu berdepan masalah kerana Ter Stegenbaru sahaja menandatangani kontrak baharu sehingga 2023.

Newcastle dikatakan sedia membayar €55 juta untuk mendapatkan khidmat penjaga gol asal Jerman itu.

Selain daripada Ter Stegen beberapa nama lain dikaitkan dengan Newcastle termasuk Jesse Lingard dari Manchester United. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast