KUALA LUMPUR – Negara mencatatkan sebanyak 3,490 kes baharu Covid-19 tengah hari ini berbanding 4,690 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 2,691,639 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan di muat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette
















