Verstappan terpaksa menunggu empat jam sebelum kejuaraan dunia F1 disahkan ekoran bantahan dari Mercedes semalam. - BBC Sport

ABU DHABI – Gelaran juara dunia Formula 1 2021 kali ini adalah menjadi milik pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Harat pelumba Mercedes Lewis Hamilton yang dijangka merangkul kejuaraan untuk kali kelapan tahun ini bagaimanapun berkecai dan terkejut selepas Verstappen diangkat sebagai juara Grand Prix Abu Dhabi.

Max yang telah memberi tentangan sengit kepada Hamilton sejak awal musim lalu akhirnya diangkat sebagai juara dunia pada hari Ahad.

Bagaimanapun, Verstappen terpaksa menunggu selama empat jam untuk pengesahan kejuaraannya sehingga penganjur F1 mengenepikan dua protes yang telah dikemukakan oleh Mercedes yang menentang keputusan itu.

Jawatankuasa Formula 1, (F1) telah menolak dua protes bantahan daripada pasukan Mercedes terhadap keputusan penentuan juara Grand Prix Abu Dhabi.

Mercedes kini membuat keputusan mengemukakan rayuan mendesak F1 menyemak semula keputusan penentuan juara F1 di Abu Dhabi.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen memintas Lewis Hamilton untuk muncul juara selepas kenderaan keselamatan meninggalkan litar.

Bagaimanapun, Mercedes membantah dengan mendakwa Pengarah Perlumbaan, Michael Masi tidak mematuhi peraturan perlumbaan yang ditetapkan.

Pasukan Mercedes telah membuat rayuan supaya penganjur memulakan semula perlumbaan pada pusingan terakhir.

Penganjur F1 bagaimanapun berkata, peraturan F1 memberi kuasa kepada Masi untuk bertindak lanjut.

Rayuan kedua Mercedes adalah terhadap Verstappen.

Isu utama yang menjadi kontroversi di Abu Dhabi adalah cara Masi mengendalikan keputusan untuk memulakan semula perlumbaan di garisan permulaan pusingan terakhir.

Sesiapa yang menang perlumbaan itu akan menjulang gelaran dan Hamilton didakwa mendominasi pusingan terakhir itu dari awal pusingan terakhir itu sebelum Verstappen memintasnya.

Dalam perlumbaan pada hari Ahad, Verstappen telah menjulang gelaran dunia F1 yang pertama dalam kariernya selepas menewaskan Lewis Hamilton dalam pusingan terakhir yang agak dramatik di Abu Dhabi. – BBC