Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) melakar sejarah apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Canselor universiti tersebut berkenan merasmikan Pusat Penyelidikan Dato Panglima Kinta Eusoff.
Naib Canselor UM Professor Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pusat penyelidikan berkenaan akan berperanan sebagai pusat setempat (one-stop centre) untuk menyokong penyelidik agar dapat menghasilkan penyelidikan yang lebih berimpak tinggi.
Kata beliau lagi, pusat penyelidikan itu juga akan menjadi hub pengenalan kepada mesin imbasan tiga dimensi (3D), iaitu salah satu inisiatif Jabatan Ortopedik Surgeri, Fakulti Perubatan Universiti Malaya dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi.