Lokasi mangsa maut selepas terbabas lalu merempuh pagar rumah dalam kejadian tengah malam tadi di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang malam tadi.

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut  selepas dipercayai terbabas dan melanggar pagar rumah sendiri dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar sebelah kanan pagar rumahnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang penyelia menungang dari arah Bandar Kuantan menghala ke rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ekoran kemalangan tersebut, mangsa berusia 48 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Bedah siasat akan akan dijalankan sejurus keputusan ujian calitan Covid-19 diperoleh dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan sementara hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian mangsa.

Tambah Wan Mohd Zahari, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai rekod lima saman termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada lessen memandu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette