Malta negara pertama di benua Eropah bakal menghalalkan ganja untuk kegunaan peribadi dalam minggu ini. Gambar Getty Images Metro.co.uk

LONDON – Malta muncul sebagai negara Eropah pertama menghalakan ganja untuk kegunaan peribadi dan undang-undangnya akan diluluskan dalam minggu ini.

Sebelum ini, menghisap ganja di tempat umum dan juga di hadapan kanak-kanak merupakan satu kesalahan yang boleh didenda di negara tersebut.

Namun pemilikan dan penanaman pokok ganja dibenarkan di Malta.

Kini menerusi undang-undang yang akan diluluskan kelak, mana-mana individu berusia 18 tahun dan ke atas boleh memiliki maksimum tujuh gram ganja secara sah dan boleh menanam  maksimum empat pokok ganja.

Selain membenarkan orang dewasa menggunakan ganja secara peribadi, negara itu juga mengambil langkah menunbuhkan  jabatan kawal selia ganja yang pertama di Eropah.

Walaupun sebilangan kecil negara di benua Eropah telah menjadikan penggunaan ganja bukan satu jenayah, Malta akan menjadi negara pertama yang bakal mengesahkan kegunaan ganja secara peribadi di sisi undang-undang.

Untuk penanaman ganja untuk kegunaan peribadi, seseorang itu boleh menyimpan hingga 50 gram daun ganja kering, menurut laporan agensi berita.

Peraturan baharu Malta membenarkan penubuhan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengedarkan biji benih tanaman kanabis dan ganja  menerusi peraturan baharu itu kelak.

Pihak berkuasa juga akan bekerjasama dengan kerajaan mengenai pembentukan dasar negara yang boleh mengawal penggunaan bahan berkenaan.

Menteri yang membawa undang-undang baharu itu, Owen Bonnici berkata, pakej berkenaan bagaimanapun mewujudkan sistem kawal selia dan melindungi kanak-kanak bawah umur serta masyarakat secara keseluruhannya.

Namun draf yang bakal diluluskan itu tidak menerima sokongan pembangkang yang mendakwa ia hanya akan meningkatkan penyalahgunaan dadah di negara tersebut.- Metro.co.uk