Ronaldo meraikan gol keduanya dengan aksi Siuuu di hadapan penyokong sebelum menang 4-1 menentang Newcastle dalam aksi EPL di Old Trafford. Foto Kredit: REUTERS/Phil Noble

LONDON – Sebanyak lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditangguhkan pada hujung minggu ini gara-gara penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

EPL dalam satu kenyataan memohon maaf atas segala kesulitan berkata: “Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira faktor penularan wabak Covid-19 dan bilangan pemain tidak cukup selain kecederaan beberapa pemain.

Antara kelab yang menghadapi penularan Covid-19 berterusan termasuk Brentford FC, Watford FC, Norwich City FC dan Leicester City FC manakala tempat latihan mereka ditutup bagi mengawal wabak itu.

Selain itu, Watford FC, Norwich FC dan Leicester FC turut tidak mempunyai bilangan pemain yang mencukupi bagi memenuhi perlawanan mereka.

Malah, Norwich City FC juga mempunyai kekangan apabila pemainnya mengalami kecederaan dan menghidap penyakit lain.

Antara perlawanan yang ditangguhkan pada Sabtu ialah perlawanan Southampton menentang Brentford serta Watford menentang Crystal Palace.

Turut ditangguhkan adalah perlawanan antara West Ham menentang Norwich, serta Everton menentang Leicester City.

Peminat juga tidak berpeluang menyaksikan aksi perlawanan Manchester United menentang Brighton pada hujung minggu ini.

Namun, perlawanan antara Leeds dan Arsenal, serta Aston Villa menentang Burnley tetap berlangsung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast