Wan Mohd Zahari Wan Busu Kuantan asnaf orphanage strangled to death
Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Mayat seorang operator kilang yang dipercayai lemas dihanyutkan air deras semasa menunggang motosikal melalui Jalan Kubur Cina, Gambang dalam kejadian 11.30 pagi tadi telah ditemui oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa telah dijumpai lebih kurang 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh ditemui pada jam 2.22 petang.

“Manakala motosikal milik mangsa dijumpai berhampiran lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, polis menerima terima maklumat kejadian seorang lelaki telah dihanyutkan air deras semasa menunggang motosikal melalui Jalan Kubur Cina, Gambang, Kuantan.

“Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pihak PDRM bersama sepasukan Bomba dari Balai Bomba taman Tas di sekitar lokasi kejadian.

Siasatan awal kejadian dapati terdapat beberapa orang awam yang berada dilokasi telah melihat mangsa yang berusia 38 tahun itu jatuh dan dihanyutkan air.

Katanya menurut saksi, mangsa dilihat menaiki motosikal dan cuba mengharung air deras yang sedang melintas Jalan Kubur Cina.

“Mangsa kemudian gagal mengawal motosikal yang dinaiki lalu dihanyutkan oleh arus deras ke kawasan anak sungai berhampiran jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Hasil siasatan juga dapati tiada unsur tindakan jenayah dan saksi memaklumkan tidak sempat selamatkan mangsa disebabkan kejadian terlalu pantas dan sangat berbahaya.

Mayat mangsa dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) untuk tindakan lanjut dilakukan pemeriksaan pengesahan status jangkitan Covid-19 sebelum di serah kepada waris. – MalaysiaGazette