Tun Dr. Mahathir Mohamad IJN surgery procedure
Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menjalani beberapa lagi siri pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan IJN memaklumkan, bekas perdana menteri itu perlu melengkapkan pemeriksaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Beliau akan berada di IJN sehingga tempoh itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, disebabkan prosedur operasi standard (SOP), tiada pelawat dibenarkan mengunjungi Dr Mahathir buat masa ini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke IJN bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Beliau dimasukkan di pusat perubatan itu kira-kira pukul 7 petang.

Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan penuh kesihatan dan memerlukan pemerhatian lanjut.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang berusia 96 tahun itu mengalami serangan jantung ringan pada 2006 dan pernah menjalani dua pembedahan pintasan, yang pertama di Hospital Kuala Lumpur pada 1989 dan yang kedua di IJN pada 2007. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast