unemployment rate MCO 3.0 MCO 1.0 Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz PIX: MalaysiaGazette
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Peruntukan awal RM100 juta bagi usaha pemulihan pasca banjir akan diusahakan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Ia dalam usaha membaiki rumah-rumah dan infrastruktur awam yang rosak akibat banjir, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, peruntukan dan langkah sedia ada yang diambil termasuk menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada NADMA dan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurutnya, peningkatan kadar Bantuan Wang Ihsan kepada RM1,000 (dari RM500) bagi setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir disebabkan Monsun Timur Laut atau terkesan daripada apa-apa bencana lain telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Peruntukan RM100 juta baiki rumah rosak mangsa banjir – PM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast