The latest victims who perished in the flood is suspected to be a mother and her child. PIX: COURTESY OF THE SELANGOR FIRE AND RESCUE DEPARTMENT. Mangsa terbaharu korban dalam banjir disyaki ibu dan anak menyaksikan sembilan maut setakat ini dalam banjir besar yang melanda Lembah Klang Sabtu lalu. - Gambar Ihsan Bomba Selangor volunteer Selangor flood Klang Valley
The latest victims who perished in the flood is suspected to be a mother and her child. PIX: COURTESY OF THE SELANGOR FIRE AND RESCUE DEPARTMENT. Mangsa terbaharu korban dalam banjir disyaki ibu dan anak menyaksikan sembilan maut setakat ini dalam banjir besar yang melanda Lembah Klang Sabtu lalu. - Gambar Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Setakat ini, seramai sembilan individu termasuk seorang sukarelawan disahkan telah maut manakala seorang lagi masih dikhuatiri hilang dalam bencana banjir besar melanda Shah Alam baru-baru ini.

Di Taman Sri Muda, Shah Alam sahaja, seramai enam mayat ditemukan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib turut mengesahkan dua mangsa terbaharu yang ditemui hari ini adalah dua sekeluarga dipercayai ibu dan anak.

Kedua-dua mayat itu telah dikeluarkan pada lebih kurang pukul 4 petang.

“Polis akan memaklumkan identiti kesemua mangsa itu sejurus selepas proses pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga mereka kelak.

“Kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa, kita akan maklumkan apabila urusan itu selesai nanti,” katanya kepada pemberita di lokasi kawasan perumahan Sri Muda di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad memberitahu, daripada sembilan mangsa itu, dua dipercayai mangsa lemas di Dengkil, Sepang melibatkan kes berasingan dan identiti belum dikenalpasti.

Beliau berkata, mayat seorang lelaki disyaki pemandu treler telah ditemui di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tujuh orang korban banjir di Selangor setakat ini – Bomba