Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hashim hadir pada sidang media mengenai keadaan semasa banjir di Persiaran Kemuning Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 21 DISEMBER 2021.

SHAH ALAM – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengandaikan ada pihak cuba mereka mencipta suasana tidak harmoni antara agensi berkenaan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika negara sedang diuji dengan musibah banjir besar.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim menjelaskan,  kenyataan yang digembar-gemburkan dalam laporan media awal hari ini bukan datang dari ATM.

“Saya baru lepas bercakap dengan Panglima Tentera Darat (PTD) (Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain), kenyataan itu tidak datang daripada tentera, jadi saya mengandaikan ada yang mereka cipta perkara ini.

“Beliau (PTD) pun telah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera dan (kenyataan) tidak daripada mereka, justeru sekali lagi saya mengandaikan perkara ini diada-adakan, hubungan kami berdua adalah baik.

“Perkara ini kalau lah (benar) ada pertelagahan antara kita, ia tidak berlaku dan ini baru episod pertama kita hadapi dugaan seperti ini,” katanya dalam sidang media berkaitan perkembangan terkini banjir di Pos Kawalan Operasi Bomba di Persiaran Kemuning Prima hari ini.

Aminuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal yang mendakwa anggota tentera bertindak membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada agensi berkenaan baru-baru ini.

Dalam masa sama, Aminuddin turut menegaskan NADMA tidak pernah menghalang sebarang gerak kerja ATM.

“Saya mengandaikan perkara ini seperti dimomok-momokkan dan NADMA tidak pernah menghalang kerja ATM.

“Perkara ini telah pun diselesaikan dan hubungan antara kami akan terus mesra dan mekar sehingga lah episod banjir ini selesai kerana banyak lagi perkara kita bincangkan seperti latihan dan sebagainya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ini bukan masa cari kesalahan, utamakan usaha bantu mangsa banjir – PAT

1 Komen

Comments are closed.