Penumpang masih tidak mematuhi norma penjarakan sosial di stesen kereta api, di tengah-tengah kemungkinan penyebaran varian Omicron di Patna. Foto PTI

NEW DELHI- Bilangan kes varian Omicron di India telah meningkat kepada 200, kata Kementerian Kesihatan.

Antara 200 kes, 77 pesakit telah pulih.

Maharashtra dan New Delhi telah melaporkan jumlah kes tertinggi bagi varian baharu itu.

Setakat ini tiada pesakit Omicron yang dilaporkan mengalami simptom yang teruk.

India telah meningkatkan ujian dan pengawasan semua penumpang antarabangsa, terutamanya dari negara berisiko, berikutan penularan Omicron varian baharu Covid-19, yang sangat mudah berjangkit.

Kerajaan India minggu lalu menyeru orang ramai untuk mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan perhimpunan besar-besaran kerana bimbang penularan varian Omicron. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast