Taman perumahan Cenderawasih masih ditenggelami air berikutan limpahan air Sungai Kuantan malam tadi.

KUANTAN – Lebih 400 penduduk Cenderawasih di sini dipindahkan sejak malam tadi ekoran limpahan air Sungai Kuantan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia, Che Adam A. Rahman berkata, penduduk yang berpindah itu ditempatkan di enam pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran.

Antara PPS yang menjadi lokasi perpindadahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Cenderawasih, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Kwang Hwa, SRJK Chun Ching, SK Sungai Talam dan SK Sultan Abdullah.

“Ada dalam kalangan penduduk yang memilih untuk pindah sendiri sebelum diberi arahan berpindah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Che Adam,  operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir bermula 10.45 malam tadi menggunakan lori dan bot APM.

Selain itu, APM turut memantau aliran trafik keluar dan masuk di jalan utama bagi mengelak penduduk panik.

“Pihak APM turut memantau dan penyelarasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0)Yang datang memberi bantuan,” katanya.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati air di kawasan berkenaan semakin surut dan sebahagian penduduk mula membersihkan kawasan rumah mereka daripada kesan banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast