Sebahagian Lebuhraya Setiawangsa Pantai (Setiawangsa Pantai Expressway atau SPE) iaitu Seksyen 4 melibatkan jajaran dari Setiawangsa ke Taman Melati akan dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 tengah malam ini.

KUALA LUMPUR – Sebahagian Lebuhraya Setiawangsa Pantai (Setiawangsa Pantai Expressway atau SPE) iaitu Seksyen 4 melibatkan jajaran dari Setiawangsa ke Taman Melati akan dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Kementerian Kerja Raya berkata, SPE dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan juga Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 32.1 kilometer.

Lebuh raya ini mempunyai laluan lorong dua hala melibatkan tujuh persimpangan, Lebuhraya Setiawangsa – Pantai ini adalah lebuhraya bertingkat terpanjang di Malaysia.

Para pengguna lebuh raya yang melalui jajaran Seksyen 4 ini nanti tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol buat masa ini.

Kutipan tol hanya akan bermula mulai 1 Mac 2022. – MalaysiaGazette