Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) boleh mengemaskini maklumat peribadi tanpa perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan bermula hari ini.

Proses mengemaskini maklumat peribadi seperti gelaran, emel, alamat tetap dan surat- menyurat, nombor telefon rumah & pejabat, status perkahwinan, nombor akaun bank dan lain-lain yang boleh dirujuk di laman web TH.

Namun begitu, sekiranya pendeposit mahu mengemaskini nombor telefon bimbit berdaftar, mereka hendaklah hadir ke Pejabat TH Cawangan berdekatan.

Ini adalah selaras dan mengambil kira polisi Bank Negara Malaysia berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) bagi tujuanpengesahan diri menggunakan teknologi yang dicadangkan bagi mengurangkan risiko transaksi secara maya atau tidak bersemuka selain memastikan pendaftaran nombor telefon bimbit adalah terkawal.

Walau bagaimanapun, keutamaan giliran diberikan kepada pendeposit mendaftar nombor telefon di Pejabat TH Cawangan seluruh negara, kata Mohamed Ameen Abdul Wahab, Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan Menanggung Kerja Pengarah Eksekutif Operasi TH.

Sehingga kini, THiJARI telah merekodkan purata 50,000 transaksi sehari dan sebanyak 1.5 juta transaksi sebulan, melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian. – MalaysiaGazette