KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang sebanyak 42,234 orang setakat 8 pagi tadi membabitkan 11,561 keluarga yang ditempatkan di 277 pusat penempatan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini.
Angka mangsa banjir bertambah di daerah Temerloh apabila berlaku peningkatan pemindahan ke PPS yang merekodkan 10,204 orang sehingga jam 8 pagi ini berbanding 9,746 malam tadi.
Kuantan kekal merekodkan tertinggi dengan 21,837 mangsa banjir yang ditempatkan di 68 PPS.
Bera 1,868 mangsa, Raub (1,315), Jerantut (1,851), Lipis (1,628), Bentong 1,755 mangsa, Pekan (1,277), Maran (499)
Sehingga kini hanya daerah Rompin dan Cameron Highlands tidak terjejas akibat banjir.
Banjir yang berlaku di negeri ini sehingga kini telah merekodkan sebanyak lapan kematian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan, sebanyak 40 jalan masih ditutup untuk laluan kenderaan di negeri ini. –
MalaysiaGazette