Malaysia – Singapore Land Vaccinated Travel Lane (VTL) tickets
Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Udara di KLIA.

KUALA LUMPUR – Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi insiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysa-Singapura digantung sementara sepanjang tempoh 23 Disember ini sehingga 20 Januari depan.

Keputusan dibuat berikutan perkembangan terkini di Singapura yang mendapati dua daripada tiga kes positif Covid-19 berkemungkinan varian Omicron manaka keputusan bagi lain-lain kes masih belum selesai (pending).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, ketiga-ketiga kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun, katanya, bagi pengembara yang telah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL ini akan dibuka semula pada 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita lanjut menyusul. –  MalaysiaGazette