PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

TANAH MERAH – Seorang penoreh getah meninggal dunia dipercayai dihempap sebatang pokok getah di Kampung Air Sejuk, Kelewek, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Zainuddin Md Yusuf berkata, mangsa Anisa Latif, 36, warganegara Thailand itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas suaminya menyedari mangsa yang keluar dari rumah sejak awal pagi untuk menoreh getah tidak pulang seperti kebiasaan.

“Suami mangsa telah keluar mencari dan menjumpai mangsa di tempatnya menoreh getah dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dengan terdapat darah keluar daripada mulut dan hidung.

“Setelah itu, suami mangsa telah menghubungi pihak hospital dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati ada sebatang kayu pohon getah yang telah reput berada di kawasan mangsa terbaring dan dipercayai batang kayu tersebut telah tumbang dan menimpa mangsa.

“Pada masa itu, kedudukan mangsa telah dialihkan dari tempat kejadian ke tepi jalan oleh suami mangsa. Semasa kejadian tiada sesiapa bersama dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah merah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – Bernama