Home Nasional Siap sedia banjir di kawasan luar jangka – Shahar

Siap sedia banjir di kawasan luar jangka – Shahar

KUANTAN – Agensi-agensi yang terlibat menguruskan bencana banjir dinasihati agar lebih bersedia mengahadapi fenomena tersebut di kawasan rendah yang dikenalpasti termasuk kawasan luar jangka.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ini berikutan banjir yang melanda negeri Pahang bertambah di beberapa lokasi tidak dijangka sebelum ini.

“Banjir tahun 2021 di Pahang amat berbeza berbanding sebelum ini kerana kadar lebihan air di lapangan melebihi daripada  jangkaan

“Itu sebabnya kita meningkatkan kepekaan masyarakat tentang bagaimana kaedah menghadapi banjir,” katanya ketika ditemui membantu dan menziarah mangsa banjir Bukit Sagu 7 di Kuantan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, selama ini secara tradisinya pihak terbabit hanya menumpukan kawasan yang sudah banjir, sehingga tidak menduga di kawasan lain juga boleh berlakunya banjir.

“Pada masa akan datang,  kita perlu melihat apa langkah menangani banjir ini sebagai satu langkah umum supaya masyarakat sentiasa siap sedia,” tambahnya.

Jelasnya,  pengalaman beliau membantu mangsa banjir  bermula Jumaat lalu memberi pengajaran bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dan bersedia menghadapi fenomena bah pada hujung tahun.

“Semua perlu ambil pengajaran situasi semasa yang berlaku di Pahang bagi menambah baik usaha menangani banjir pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast